what time now....?????

Friday, January 8, 2010

Tempat Bersejarah











Teratak Za'ba terletak di Kampung Bukit Kerdas yang juga berdekatan dengan Kampung Lonek yang merupakan satu destinasi pelancongan. Selain itu, nama Za'ba adalah singkatan nama kepada Zainal Abidin Bin Ahmad. Beliau merupakan seorang pendeta sastera yang dikenali diseluruh Malaysia. Beliau juga berbakti kepada masyarakat dan mendidik anak-anak bangsa untuk terus maju kehadapan.
Teratak Za'ba terletak di Kampung Bukit Kerdas yang juga berdekatan dengan Kampung Lonek yang merupakan satu destinasi pelancongan. Selain itu, nama Za'ba adalah singkatan nama kepada Zainal Abidin Bin Ahmad. Beliau merupakan seorang pendeta sastera yang dikenali diseluruh Malaysia. Beliau juga berbakti kepada masyarakat dan mendidik anak-anak bangsa untuk terus maju kehadapan.

Homstay Kampung Lonek....!!!!!

Homestay Kg. Lonek

Latarbelakang
Homestay Lonek yang terletak di Daerah Jempol merupakan satu destinasi pelancongan yang berkonsepkan pengalaman kehidupan desa dengan tarikan keindahan alam semulajadi yang menghijau beserta dengan tradisi budaya dan warisan kehidupan berteraskan sistem Adat Perpatih dengan tradisi budaya dan warisan kehidupan berteraskan sistem Adat Perpatih.

Suasana Kampung Lonek dikelilingi oleh pemandangan saujana kehijauan sawah padi, ladang getah, dan kelapa sawit di samping pokok-pokok buah-buahan di sekeliling kampung. Di samping itu terdapat juga perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang berasaskan rotan, buluh dan mengkuang untuk seni kraftangan, juga mee kuning dan kuih-muih tradisional masyarakat kampung.

Dengan projek tanaman padi yang meluas di Kampung Lonek ini, maka pihak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Homestay Lonek mengambil inisiatif untuk mengadakan Pesta Mengemping sebagai nostalgia budaya dan warisan nenek moyang kita dahulu.


Lokasi
Homestay Kg Lonek terletak di dalam daerah Jempol, N.Sembilan. Bagi pelancong yang datang dari arah utara, mereka boleh melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur - Johor sehingga ke Seremban. Dari lebuh raya, di susur keluar ke Senawang, terdapat signboard ke KUALA PILAH. Mereka boleh mengikut arah Kuala Pilah, dengan melalui Bandar Senawang, jalan Bukit Putus, Ulu Bendul serta Kuala Pilah. Sampai di Kuala Pilah, anda akan lihat papan tanda di persimpangan Kuala Pilah iaitu arah kiri ke Homestay Kg Lonek. Ikut arah itu, dan melalui jalan ke PEKAN BATU KIKIR. Selepas Pekan Batu Kikir, ada simpang ke kanan ke Homestay Kg Lonek. Menghampiri Homestay Kg Lonek, anda akan melalui Teratak Zaaba yang berada di sebelah kawasan Homestay Lonek. Selepas Teratak Zaba, anda akan lihat signboard ke kanan, Homestay Kg Lonek 1.9 KM.

Bagi pelancong dari selatan tanah air, mereka boleh melalui jalan samada dari Gemas, Muazam ataupun Rompin. Mereka boleh mengikut arah jalan ke BAHAU. Homestay Kg Lonek terletak lebih kurang 3 KM dari Bahau. Mereka juga boleh mendapatkan pengangkutan Keretapi Tanah Melayu yang terus ke BAHAU. Agen kami pasti berbesar hati menjemput anda di Bahau...

Kampung Lonek....!!!!!

Sebuah kampung tradisi yang terletak di Negeri Sembilan..... Kampung ini dikelilingi dengan sawah padi yang menghijau.... Suasana tenang dan damai dapat dirasai ketika berada dikampung ini... Kampung ini juga merupakan produk pelancongan yang terdapat di Negeri Sembilan... Produk pelacongan ini merupakan salah satu aset penting bagi sumber pendapatan ekonomi Kampung Lonek... Kebanyakan penduduk di kampung ini menyertai program pelancongan iaitu 'Homestay' yang kini terkenal di Malaysia dan terkenal hingga ke seluruh dunia... Tidak rugi jika datang ke kampung ini kerana banyak aktiviti yang menarik yang boleh kita rasai antaranya ialah aktiviti mengoca ikan iaitu menangkap ikan menggunakan tangan...aktiviti ini jarang ditemui di tempat lain...